Facebook Fan

Thursday, 3 August 2017

Tip Mengurangkan Jahitan Ketika Melahirkan Bayi & Air Selusuh



Maklumat ini adalah dari hasil dari kutipan pengalaman alumni-alumni UTQ untuk ikhtiar mengurangkan jahitan ketika melahirkan bayi, iaitu;
  1. Mengurut atau buat gerakan melonggarkan otot-otot sebagai persediaan diri melatih otot-otot dan permukaan kulit bekerja keras terutamanya di bahagian perineum.
  2. Sebaiknya mengurut dengan minyak aroma terapi untuk memberikan ketenangan.
  3. Amalkan minyak zaitun sepanjang hamil untuk untuk membantu peregangan kulit dari dalam
  4. Berehat dan tidur mencukupi ketika hampir hari nya.
  5. Bersalin di tempat yang selesa atau ruang yang luas.
  6. Suami-Isteri saling bermaafan terutamanya kesilapan dan kesalahan isteri pada suami akan meringankan beban isteri melahirkan kandungannya.
  7. Suami membaca Selawat 7x, doa Maryam dan doa nabi Yunus  untuk isterinya apabila sudah hampir kelahiran.
  8. Tidak putus menyebut kalimat "La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin" hembus diperut sambil pujuk bayi keluar  sebelum/ketika sedang operasi.
  9. Paling perlu diambil perhatian ialah tidak mengangkat punggung ketika proses bersalin. Mengangkat punggung akan menyebakan robekan kulit makin luas.
  10. Suami melurut belakang isteri untuk niat menolak kandungan mudah keluar.
  11. Air Selusuh?
Amalan air selusuh sangat popular dikalangan msyarakat tradisional Melayu untuk memudahkan dan melancarkan ibu ketika waktu hendak bersalin. Bagaimanapun terdapat perbezaan pendapat berkenaan waktu sesuai minum air selusuh. Umumnya air selusuh hendaklah mula diminum apabila pintu rahim dan terbuka 4 – 8cm.  Terdapat juga pandangan dengan menyapu air selusuh pada perut ibu hamil dari atas ke bawah sambil membaca ayat-ayat seperti tertera no. 7 diatas.

Kalau minum air selusuh belum sampai masanya akan menyebabkan ibu hamil mengalami kesakitan yang amat sangat kerana bayi dalam kandungan mulai hendak keluar sedangkan pintu rahem belum terbuka. Ini yang membuatkan sesetengah jururawat tidak membenarkan amalan minum air selusuh.

Bagaimanapun terdapat pandangan digalakkan minum diperingkat awal lagi untuk mengelak bayi kandungan songsang. Ini adalah kerana teknik dan tujuan pembuatan air selusuh itu sendiri berbeza. Perlu dapatkan nasihat sendiri dari yang menyediakannya untuk kepastian. Ada yang menggunakan air kosong sahaja, ada yang menggunakan minyak dan ada yang mengunakan air rendaman akar fatimah dan sebagainya. Kaedah pembuatan air selusuh tidak sukar diperolehi kerana boleh didapati dari pelbagai sumber di halaman internet.

Sebaik-baiknya dapatkan nasihat dan panduan dari pakar perbidanan dikalangan pengamal tradisional atau moden terutamanya untuk mereka yang tidak mempunyai pengalaman seperti di kalangan bakal ibu muda atau yang menanti kelahiran anak pertama.

1 comment: