Facebook Fan

Tuesday, 8 August 2017

STANDARD OPERATING PROCEDURE PENGAMAL RAWATAN ALTERNATIF

Artikel ini sekadar panduan untuk pengamal perubatan tradisional dan alternatif sebagai persediaan menerima pelanggan atau pesakit. Anda boleh modifikasi prosedur ini mengikut kesesuaian amalan dan kemahiran anda. Adalah wajar bagi seorang pengamal perubatan tradisional untuk mengikuti kursus yang dianjurkan oleh KKM dan persatuan/pertubuhan Perubatan Tradisional dan Komplementari yang anda sertai kerana mereka menekankan kepentingan prosedur ini lebih jelas.



SESI TEMUJANJI
  • Menerima Panggilan Pelanggan
  • Merekod masalah sakit pelanggan
  • Mengambil temujanji dan menyemak kelapangan masa dan hari rawatan
  • Merekod persetujuan pelanggan menetapkan masa dan tarikh rawatan.
  • Menasihati membawa dokumen tertentu (jika perlu)
  • Memaklumkan perawat yang bertugas untuk tempahan perkhidmatan rawatan.

SESI PEMERIKSAAN

  • Menyemak masa temujanji pelanggan
  • Menyemak/Mengisi Rekod Butiran (termasuk sejarah kesihatan pesakit) & Akuan Pelanggan
  • Diagnos Pelanggan & Pemeriksaan Keseimbangan Tubuh dengan mengisi Butiran Pelanggan
  • Rumusan hasil diagnos kepada pelanggan
  • Mencadangkan kaedah atau teknik rawatan yang bersesuaian

SESI SEMASA RAWATAN
  • Minum air suam segelas
  • Menerapkan kebersihan pelanggan(seperti basuh kaki)
  • Meletakkan pakaian pelanggan jika perlu menanggalkannya atau menggunakan kain atau tuala yang disediakan untuk pelanggan.
  • Bacaan Pendinding Diri
  • Merawat dengan teknik yang dicadang dan dipersetujui
  • Memaklumkan kepada pelanggan sekiranya ada masalah lain atau yang dikenalpasti.
  • Sebaik sahaja selesai, pelanggan menukarkan untuk pakaiannya semula
  • Perawat mengemas dan membersihkan bilik rawatan.

SESI SELEPAS RAWATAN
  • Mencadangkan tempoh ulangan rawatan dan tarikh temujanji kepada pelanggan
  • Mencadangkan amalan pemakanan dan alat sokongan yang bersesuaian (dibekalkan jika perlu)
  • Menasihati disiplin dan pantang larang selepas urutan
  • Mengemaskini rekod Butiran Pelanggan
  • Bayaran perkhidmatan di kaunter
  • Pelanggan minum air suam segelas dan berehat sebelum pulang

2 comments: