Facebook Fan

Sunday, 9 July 2017

Rahsia Rendaman Ais atau Air Sejuk

Sumber gambar dari: huffingtonpost.com
Kaedah rawatan dengan mandian air sejuk atau bercampur dengan ais boleh digunakan untuk merawat masalah kerohanian, emosional, mental dan fizikal. Penyakit yang mungkin berpunca dengan sihir atau gangguan jin seperti was-was, lemah semangat, kusut, kemurungan, lemah, panas baran dan sebagainya boleh ditangani atau dicegah dengan mandian ais/air sejuk. Sepertimana dalam surah Sod: 41-42 bermaksud;

Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami: Nabi Ayub ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: " Sesungguhnya aku diganggu oleh Syaitan dengan (hasutannya semasa aku ditimpa) kesusahan dan azab seksa (penyakit)".
(Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): " Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu " (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): " Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin) "

Oleh itu, mandian sejuk juga dipercayai boleh meningkatkan kualiti kesihatan tubuh manusia untuk;
  • Meninggikan kadar metabolisme dan sistem imun tubuh. Menurut petua orang tua, bayi yang dimandikan air sejuk akan menjadi seorang yang tahan lasak dan mampu bertahan dari serangan penyakit.
  • Mencantikkan rambut, menambah aura seri, menegangkan dan mencegah kedutan kulit
  • Membaik pulih sistem pernafasan dan menguatkan jantung
  • Meransang kelenjar tiroid
  • Menguatkan gigi, tulang, urat saraf, sendi dan otot termasuk mengurangkan bengkak anggota.
  • Menguatkan minda
  • Merencatkan bakteria, virus dan kulat.
  • Mengaktifkan kelenjar pankreas mengimbangi gula dalam darah.
  • Membantu menangani masalah insomnia
  • Melancarkan aliran darah dan membantu mengurangkan pendarahan termasuk luka.
Sebahagian besar pengamal mandian ais, menyediakan tab mandian ais digabungkan dengan air (ph beralkali), garam bukit (mineral), gel mandian, pelbagai jenis bunga, limau atau titisan aroma bagi menyerlahkan aura tubuh. Terdapat juga yang mengamalkan mandi air biasa sebelum subuh untuk mendapatkan aura sejuk dikolah, tempayan atau telaga mandi. Bagi  mereka yang pertama kali mencuba, mungkin berasa kesejukan dan kejutan amat sangat. Amalkan 3 hari berturut-turut atau 5 hari atau 7 hari mengikut kesesuaian. Biasanya mengambil masa 30-45 minit proses setiap rawatan untuk air sejuk biasa. Sekiranya ditambah dengan ketulan ais, pemantauan pakar diperlukan untuk kesesuaian tahap kesejukan dan tempoh rendaman.

Teknik mandian atau rendaman yang diamalkan perlu dimulakan dengan memasukan kaki dahulu, kemudian ke arah atas tubuh dan akhirnya kepala. Oleh itu haba panas dari tubuh keluar dari kaki naik keatas. Terdapat petua percaya kepada mandian pada hari bulan penuh yang dipanggil terapi mandian bulan penuh untuk meningkatkan aura tubuh. Selain itu, terdapat juga pengamal yang memasukkan elemen aura warna dalam air mandian bergantung kreativiti masing-masing.

Walaupun terdapat teori mengatakan jin mampu dilemahkan dengan ais kerana jin berasal dari api yang bersifat panas. Namun asbab ini kurang kuat kerana jin juga tewas dengan obor api. Terdapat dalil yang lebih patut kita sandarkan iaitu; Daripada Abu Hurairah RA katanya: ”Rasulullah SAW apabila membuka solatnya, baginda akan berdiam diri seketika sebelum baginda membaca (al-Fatihah). Maka Abu Hurairah berkata: Wahai Rasulullah, apakah yang tuan baca ketika tuan dian antara takbir dan bacaan (al-Fatihah)? Sabda Baginda SAW, mafhumnya:  “Ya Allah, jauhkanlah antara daku dan kesalahan-kesalahanku, sebagaimana Engkau menjauhkan antara timur dan barat. Ya Allah, bersihkanlah daku dari kesalahan-kesalahanku, sebagaimana baju putih dibersihkan dari kotoran. Ya Allah, cucikanlah daku dari kesalahan-kesalahanku dengan salju, air dan air sejuk” (HR al-Bukhari dan Muslim)

No comments:

Post a Comment