Facebook Fan

Wednesday, 26 July 2017

Hidung Berdarah


Hidung berdarah dikalangan kanak-kanak biasanya berumur 3 – 10 tahun sering dikaitkan dengan panas dalam. Konteks panas atau sejuk dalam tubuh manusia sangat luas. Oleh itu terdapat pertikaian pendapat yang saya perlu raikan tanpa perlu dibahaskan. 

Hidung berdarah atau dinamakan epistaxis berpunca daripada salur-salur darah di bahagian rongga hidung terpecah. Ia sering dihidapi oleh kanak-kanak yang mengalami masalah telangiectasia (tekanan pada salur darah halus) dan haemophilia (darah sukar beku).

Pendarahan ini dapat dihentikan sendiri melalui proses pembekuan. Ianya tidak berbahaya kecuali darah keluar terlalu banyak atau tanpa henti. Namun jarang berlaku.

Jangkitan kuman juga boleh menyebabkan hidung berdarah seperti septicaemia atau congenital siflis (terkena sewaktu dalam kandungan rahim lagi). Kadang-kadang pesakit leukemia juga boleh jadi puncanya kerana masalah sel pembekuan.

Hidung berdarah umumnya boleh dirawat dirumah. Cara rawatannya ialah ;
  1. Pastikan mangsa tenang
  2. Pastikan tiada benda asing dalam hidung.
  3. Duduk diatas riba orang dewasa dan mangsa hendaklah menunduk sedikit (seperti dalam gambar). Elakkan menyandar untuk mengelak darah masuk ke kerongkong (boleh menyebabkan kembung, batuk, atau muntah).
  4. Mengurut sisi (rongga) hidung beberapa minit. Sediakan tisu untuk menyapu darah. Mangsa boleh sesekali mendengus nafas melalui hidung untuk mengeluarkan darah yang melekat dihidung,
  5. Kemudian galakkan mangsa bernafas melalui mulut.
  6. Tekan perlahan di sisi batang hidung (dalam 10 minit) untuk menahan darah keluar hingga membeku.
  7. Berehat dan ulangi semula jika tidak berkesan,
Jika tidak berhenti juga atau ada komplikasi lain seperti pening, lebam atau sebagainya, sila hantar ke klinik/hospital segera. Mungkin disana diletakkan kapas yang bercampur dengan lignocine dan adrenaline ke dalam hidung. Ia ditekan beberapa minit untuk mengecutkan salur-salur darah yang terpecah. Kaedah ini hanya sesuai kepada yang mengalami hidung berdarah biasa, iaitu bukan sebab luaran seperti leukemia, haemophilia dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment