Facebook Fan

Friday, 9 June 2017

Makara Mudra - Bank Tenaga

Perkataan Sanskrit "Makara" bererti buaya yang terkenal dengan kekuatannya. Buaya berkemampuan menyimpan tenaga mereka dan menerkam mangsanya pada kelajuan sepantas kilat. Kita juga mampu memiliki kekuatan seperti buaya yang mengunakan tenaga yang disimpan apabila diperlukan.
Sumber Gambar: http://stylesatlife.com
Untuk melakukan mudra ini, bolehlah meletakkan jari seperti dalam gambar sewaktu dalam tempoh senaman pernafasan. Fungsi utamanya ialah sebagai mengeluarkan tenaga simpanan  atau Bank Tenaga (untuk luaran dan dalaman) dengan SEGERA. Di samping itu, ianya boleh menguatkan buah pinggang kita dan dapat menghapuskan lingkaran hitam di bawah mata. Lain-lain kegunaannya ialah;
  • Mengawal perubahan mood dengan mengeluarkan tenaga negatif
  • Menenangkan minda
  • Merawat kemurungan dan tekanan
  • Meningkatkan tumpuan mental
  • Melegakan ketegangan
Untuk mendapatkan hasil yang segera, sekurang-kurangnya mengamalkan mudra ini selama sepuluh minit untuk satu sesi senaman pernafasan di kawasan terbuka. Amalkan sebanyak 3 sesi dalam sehari. Setiap sesi mengambil masa dalam 5-10 minit.

1 comment:

  1. Assalam Qun.
    1.Semalam pernafasan ni dibuat selasa berdiri atau duduk?
    2.tapak tangan tu mengadap Ke luar,keadaan tangan lurun Ke?

    Mohon penerangan dari tn Qun. Terima kasih tn Qun
    Dari zul Kota Kinabalu.

    ReplyDelete