Facebook Fan

Tuesday, 16 May 2017

Bagaimana caranya keluarga membantu pesakit stroke?

Sumber Gambar: www.oversixty.com.au
Proses pasca stroke memerlukan kaedah pencegahan dan perawatan sepanjang hayat untuk mengelak risiko maut atau stroke berulang semula (biasanya bertambah buruk). Walaupun dilihat sihat 100%, namun mereka ini perlu diberi tumpuan lebih dari mengelak gejala stroke berulang semula. Oleh itu pesakit stroke memerlukan orang yang sihat di kalangan keluarga yang terdekat untuk membantu mereka. Di antara caranya ialah;
  1. Kenal pasti dan mencegah risiko serangan stroke. Seperti yang dijelaskan dalam artikel ini; Punca Stroke
  2. Pastikan pesakit kerap bergerak dengan melakukan senaman untuk memastikan anggota tubuh sentiasa “hidup” dan aktif. Ia nampak biasa tetapi ini juga punca penyebab kepada kematian kesan komplikasi tidak dapat bergerak.
  3. Meneruskan amalan pemakanan sihat dan ubat-ubatan (seperti ejen cairan darah, kolesterol, tekanan darah dan kawalan gula) yang disyorkan oleh doktor.
  4. Elakkan daripada jatuh atau berjalan seorang diri kerana pesakit stroke mudah jatuh yang memburukkan lagi keadaan.
  5. Beri sokongan dari mengelak berlakunya kemurungan. Tekanan dan kemurungan yang dihadapi boleh menghalang proses pemulihan.

No comments:

Post a Comment