Facebook Fan

Wednesday, 24 August 2016

Misteri Kelenjar Pineal

Tahukah anda, bagaimana anda berfikir dan merasa setiap hari bergantung kepada kelenjar pineal. Kelenjar pineal merupakan organ sistem kelenjar endokrine berbentuk pinecone yang bertujuan menentukan dan mengimbangi tahap hormon, perubahan dalam badan, tekanan, emosi dan fizikal seseorang. Ia berada ditengah atau pusat geometri otak yang berkait rapat dengan nur tubuh kita. Jika anda menekan lidah anda ke lelangit mulut anda, bermakna anda telah menekan di bahagian bawah pituitari.
Sumber Foto: www.med-health.net
Pokok yang mengeluarkan pinecone (conifer pine tree) dikatakan merupakan tumbuhan kuno yang telah wujud tiga kali lebih lama berbanding spesis tumbuhan berbunga. Dikatakan pinecone adalah pendahulu evolusi kepada bunga. Ini menyebabkan sesetengah kaum kuno menjadikan pinecone sebagai simbol klasik dianggap suci kepada mereka, seperti zaman kegemilangan Greek, Katolik Ortodox, Buddha, Mexico, Rome dan Assyria purba. Mereka menjadikan pinecone sebagai mengambarkan tentang diri mereka (sistem tubuh atau kelenjar pineal) dengan kehidupan mereka.
Sumber Foto: biology.stackexchange.com-

Pada tahun abad ketujuh belas, mungkin kerana ingin tahu apa rahsianya, seorang  ahli falsafah dan juga saintis, Rene Descartes  mengkaji berkenaan kelenjar pineal. Hasilnya beliau berpendapat kelenjar berkenaan dianggap letaknya jiwa seseorang di mana menjadi titik hubungan antara dunia fizikal (luaran) dan rohani (dalaman). Ia juga menghubungi saraf optik yang  membawa kepada perubahan visual. Jadi tidak hairanlah sekiranya kelenjar ini boleh "diprogram" membuatkan seseorang itu terbuka hijab atau melihat dirinya berada didunia yang berbeza (mungkin realiti atau mungkin juga imiginasi palsu).

Bukan setakat itu, apabila anda dibawah sinaran matahari.  kelenjar ini merangsang minda dan ia menghasilkan serotonin yakni neurotransmitter yang bertanggungjawab untuk menentukan tahap perasaan dan tenaga seseorang.

Apabila anda tidur di persekitaran gelap (cahaya malap),  kelenjar pineal pula akan menghasilkan hormon melatonin yang cukup untuk memastikan anda cukup tidur dan lena. Melatonin dikenali juga sebagai anti penuaan, anti stress dan anti oksidan. Apabila paras melatonin terganggu, seseorang boleh mengalami perubahan emosi, kemurungan, dan gangguan berjadual. Seorang saintis, Dr Strassman pernah mengkaji hormon melatonin kelenjar pineal pada 1980an, di University of New Mexico's School of Medicine in Albuquerque, New Mexico . Ketika itu beliau adalah seorang Profesor Madya bahagian Psikiatri. Beliau merupakan saintis pertama merekodkan kajiannya corak kerja melatonin sepanjang malam dalam keadaan cahaya terang benderang. Beliau mendapati paras melatonin terganggu secara maksimun dalam keadaan cahaya terang benderang pada jam 3-4 pagi (untuk penjelasan yang lebih tepat, sila rujuk kajian beliau).

Selain itu apabila anda bermeditasi, kelenjar pineal memberi respon untuk mengaktifkan  tenaga bioelectric atau aura.
Sumber Foto: biology.about.com
Apabila kelenjar pineal ini diaktifkan dengan melakukan perkara diatas, ianya boleh membuka mata ketiga dan mewujudkan sumber tenaga dalaman lagi halus yang amat berkuasa melangkaui di luar ruang alam dan masa.


Sumber Foto: https://www.worldpranichealing.com
Untuk tujuan perawatan, titik ransangan kelenjar pineal berada sekitar dengan titik kelenjar pituitari seperti dibawah. Stimulasi pada titik berkenaan boleh dilakukan dengan mengetuk perlahan atau menyentuhnya. Boleh juga dengan menekan lidah ke lelangit untuk meransang kelenjar pineal.

Kelenjar pineal akan mengarah tenaga positif untuk dialirkan ke bahagian organ atau sistem yang bermasalah. Organ akan menerima tenaga tersebut dan akan memproses menghasilkan tenaga yang tidak diperlukan. Manakala untuk mengeluarkan tenaga yang  tidak diperlukan, kelenjar pineal boleh mengarah dengan membayangkan tenaga tersebut dialirkan keluar tubuh atau ke tulang sulbi (coccyx) untuk dineutralkan.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment