Facebook Fan

Monday, 2 November 2015

Titik Ransangan Pesakit Asma dan Sesak Nafas

Sepertimana semua orang tahu, semua sel-sel, organ, dan sistem badan kita memerlukan oksigen untuk menjalankan fungsi mereka.  Kesukaran bernafas boleh menyebabkan tubuh kita diserapi toksik, lemah fungsi tubuh dan tidak mempunyai kekuatan pemulihan diri sendiri.  Kenapa ianya boleh berlaku?

Ini disebabkan oleh dinding tiub bronkial kekejangan dan saluran udara yang sempit menyebabkan seseorang itu sukar untuk menghembus nafas. Tekanan emosi, ketidakseimbangan hormon, dan jangkitan juga boleh membuatkan orang lebih mudah terdedah kepada reaksi alahan dan serangan asma.

Oleh itu, saya tunjukkan titik ransangan penyakit Asma atau Sesak Nafas dari hasil case study di Acupressure Institute Berkeley, California (institut lama ini sudah tidak lagi beroperasi sekarang). Dalam kajian tersebut, 80% pesakit asma dewasa telah dapat meningkatkan 20% keupayaan kapasiti paru-parunya hanya sebaik sahaja menerima urutan selama 20 minit.

Cara terbaik untuk melakukan urutan ialah dengan menekan setiap titik selama 1 minit atau sehingga terdapat denyutan disitu. Ulang sebanyak 3 kali dalam satu sesi. Hendaklah diurut di kedua-dua belah kiri dan kanan badan. Jadikanlah sebagai amalan.

Pesakit asma mungkin berasa tidak selesa atau sakit apabila menekan pada titik-titik ini. Seharusnya diurut mengikut kemampuan pesakit. Bagaimanapun ianya dapat melegakan masalah asma kemudiannya. 

Sumber gambar: www.acucn.com

No comments:

Post a Comment